Thursday, 20 December 2012
LATAR BELAKANG JABATAN KUANTITATIF & KOMPUTER
Jabatan Kuantitatif & Komputer adalah merupakan salah satu daripada empat buah Jabatan (Jabatan Perakauan & Ekonomi, Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Jabatan Pengajian Am) yang berada di KPM Bandar Melaka ini. Jabatan ini di ketuai oleh seorang Ketua Jabatan iaitu Cik Isalinda Binti Jamaludin yang merupakan Pensyarah Sains Komputer. Di bawah naungan beliau, terdapat tujuh orang pensyarah yang terdiri daripada tiga orang Pensyarah Sains Komputer dan empat orang Pensyarah Matematik.
Labels:
Latar Belakang Jabatan
HUBUNGI KAMI
Alamat Kolej : Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Tingkat 13, Bangunan Graha Maju
Jalan Graha Maju
75300 Melaka Bandaraya Bersejarah
Tel: 06-2812011
Fax:06-2812009
Tingkat 13, Bangunan Graha Maju
Jalan Graha Maju
75300 Melaka Bandaraya Bersejarah
Tel: 06-2812011
Fax:06-2812009
Labels:
Hubungi Kami
LATAR BELAKANG KOLEJ PROFESIONAL BANDAR MELAKA
Sejarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) bermula
apabila KPMBM mula beroperasi pada tanggal 1 Jun 2009 di kampus lama Kolej
Profesional MARA Melaka (KPMM) yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka. Kampus
ini dibina pada tahun 1968. Antara Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang pernah
beroperasi di kampus ini ialah Institut Kemahiran MARA, Institut Teknologi
MARA, Institut Perdagangan MARA dan Kolej Profesional MARA Melaka.
Pada 5 September 2011, KPMBM sekali lagi melakar sejarah apabila
segala aktiviti operasinya telah dipindahkan ke aras 11,12 dan 13 Bangunan
Graha Maju, Melaka. Hal ini berikutan daripada proses pembinaan semula bangunan
di kampus lama yang terlalu uzur. KPMBM akan beroperasi di bangunan ini
sehinggalah proses pembinaan semula tersebut dijangka siap pada tahun 2016.
Laman Web Rasmi KPM Bandar Melaka : www.kpm.edu.my/bmelaka/
KPMBM menawarkan dua
kursus peringkat diploma iaitu kursus Diploma In Entrepreneurship (DEn) dan
Diploma In Islamic Banking and Finance (DBF). Bermula semester Julai-Disember
2011, KPMBM telah menambah satu lagi kursus di peringkat sijil iaitu Program
Intensif Persediaan (PIP).
Labels:
Sejarah Kolej