Thursday 20 December 2012

LATAR BELAKANG KOLEJ PROFESIONAL BANDAR MELAKA


Sejarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) bermula apabila KPMBM mula beroperasi pada tanggal 1 Jun 2009 di kampus lama Kolej Profesional MARA Melaka (KPMM) yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka. Kampus ini dibina pada tahun 1968. Antara Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang pernah beroperasi di kampus ini ialah Institut Kemahiran MARA, Institut Teknologi MARA, Institut Perdagangan MARA dan Kolej Profesional MARA Melaka.

Pada 5 September 2011, KPMBM sekali lagi melakar sejarah apabila segala aktiviti operasinya telah dipindahkan ke aras 11,12 dan 13 Bangunan Graha Maju, Melaka. Hal ini berikutan daripada proses pembinaan semula bangunan di kampus lama yang terlalu uzur. KPMBM akan beroperasi di bangunan ini sehinggalah proses pembinaan semula tersebut dijangka siap pada tahun 2016. 


Laman Web Rasmi KPM Bandar Melaka : www.­kpm.­edu.­my/­bmelaka/­


KPMBM menawarkan dua kursus peringkat diploma iaitu kursus Diploma In Entrepreneurship (DEn) dan Diploma In Islamic Banking and Finance (DBF). Bermula semester Julai-Disember 2011, KPMBM telah menambah satu lagi kursus di peringkat sijil iaitu Program Intensif Persediaan (PIP).

0 comments:

Post a Comment