Thursday 20 December 2012

LATAR BELAKANG JABATAN KUANTITATIF & KOMPUTER

Jabatan Kuantitatif & Komputer adalah merupakan salah satu daripada empat buah Jabatan (Jabatan Perakauan & Ekonomi, Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Jabatan Pengajian Am) yang berada di KPM Bandar Melaka ini. Jabatan ini di ketuai oleh seorang Ketua Jabatan iaitu Cik Isalinda Binti Jamaludin yang merupakan Pensyarah Sains Komputer.  Di bawah naungan beliau, terdapat tujuh orang pensyarah yang terdiri daripada tiga orang Pensyarah Sains Komputer dan empat orang Pensyarah Matematik.

HUBUNGI KAMI

Alamat Kolej : Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
                       Tingkat 13, Bangunan Graha Maju
                       Jalan Graha Maju
                       75300 Melaka Bandaraya Bersejarah

Tel: 06-2812011
Fax:06-2812009

LATAR BELAKANG KOLEJ PROFESIONAL BANDAR MELAKA


Sejarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) bermula apabila KPMBM mula beroperasi pada tanggal 1 Jun 2009 di kampus lama Kolej Profesional MARA Melaka (KPMM) yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka. Kampus ini dibina pada tahun 1968. Antara Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang pernah beroperasi di kampus ini ialah Institut Kemahiran MARA, Institut Teknologi MARA, Institut Perdagangan MARA dan Kolej Profesional MARA Melaka.

Pada 5 September 2011, KPMBM sekali lagi melakar sejarah apabila segala aktiviti operasinya telah dipindahkan ke aras 11,12 dan 13 Bangunan Graha Maju, Melaka. Hal ini berikutan daripada proses pembinaan semula bangunan di kampus lama yang terlalu uzur. KPMBM akan beroperasi di bangunan ini sehinggalah proses pembinaan semula tersebut dijangka siap pada tahun 2016. 


Laman Web Rasmi KPM Bandar Melaka : www.­kpm.­edu.­my/­bmelaka/­


KPMBM menawarkan dua kursus peringkat diploma iaitu kursus Diploma In Entrepreneurship (DEn) dan Diploma In Islamic Banking and Finance (DBF). Bermula semester Julai-Disember 2011, KPMBM telah menambah satu lagi kursus di peringkat sijil iaitu Program Intensif Persediaan (PIP).